Pemantapan Pemahaman Tatabahasa Bahasa Melayu (Edisi Kedua)
- Brand:: Mutiara Suria Ilmu Resources
- Product Code: EBKMRSI001
- Availability: 999995
Pemantapan Pemahaman Tatabahasa Bahasa Melayu (Edisi Kedua) merupakan sebuah ebook yang disusun khas untuk membantu pelajar, guru, dan sesiapa sahaja yang ingin memperkukuh penguasaan aspek tatabahasa Bahasa Melayu. Edisi Kedua ini memuatkan penambahbaikan dari edisi sebelumnya dengan penulisan semula lima bab utama (Bab 2, 3, 4, 5, dan 6) bagi memperjelas kandungan serta persembahan yang lebih mudah difahami.
Buku ini menggunakan pendekatan deskriptif dan pedagogi yang ringkas serta padat. Ia ditulis berdasarkan pengalaman sebenar penulis dalam mempelajari dan mengajar tatabahasa, menjadikan buku ini mudah dicerna oleh semua lapisan pembaca, termasuk pelajar sekolah mahupun pembaca umum yang baru berjinak-jinak dengan dunia tatabahasa.
Mengandungi 20 bab, buku ini turut disertakan soalan latihan pada akhir setiap bab (Bab 1-19) untuk menguji pemahaman pembaca. Bab 20 pula menampilkan pelbagai contoh kesalahan umum dalam tatabahasa dan ejaan yang sering berlaku dalam penggunaan harian bahasa Melayu. Penjelasan konsep turut disertai dengan ayat dan contoh mudah, menjadikan ia rujukan ideal bagi mereka yang mahukan pemahaman tatabahasa dari sudut pandang yang lebih luas dan terbuka.
Kelebihan ebook ini:
- Persembahan yang ringkas, padat & mudah difahami
- Sesuai untuk pelajar, guru & pembaca umum
- Latihan topikal & soalan struktur disediakan
- Fokus kepada kesalahan umum yang sering dilakukan
- Tidak perlu kos penghantaran – fail dihantar terus ke email selepas bayaran disahkan
Cara Pembelian:
- Harga: RM20.00 sahaja
- Format: Ebook (PDF)
- Selepas pembayaran disahkan, ebook boleh terus dimuat-turun pembeli melalui member area
Lengkapkan pemahaman anda tentang Bahasa Melayu hari ini dengan satu klik!
Tags: pemantapan, pemahaman, tatabahasa, bahasa, melayu, bm, bahasa melayu